Ahad, 28 Disember 2014

Kolesterol - Adakah anda salah seorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi?

Dianggarkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.Kandungan kolesterol yang tinggi akan menyumbang pada masalah jantung dan fungsi kardiovaskular yang lain.

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan.Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran,hormon,hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.Dua sumber utama kolesterol ialah dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan melalui pemakanan.

Terdapat dua jenis kolesterol iaitu LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) dan HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi).LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit(plak) dalam saluran darah anda.Plak ini akan menyumbat saluran darah dan menyekat aliran darah.HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.HDL berperanan membersihkan saluran darah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen