VIVIX - MUSCADINE GRAPE

Mengandungi polifenol dan asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi. Mempunyai 20 kromosom yang boleh dimanfaatkan untuk teknologi perubatan. Mempunyai ciri-ciri yang menghentikan bahan kimia penyebab kanser, antivirus dan anti-bakteria.

FALSAFAH SHAKLEE

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.

BERSENAM DAN BERSUKAN

Melalui bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor. Hormon ini membantu membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal.

JANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

Menawarkan perubahan hidup dan berpeluang membina SALURAN PENDAPATAN untuk anda KECAPI HIDUP YANG LEBIH BAIK.

ALFALFA TUMBUHAN 1001 FUNGSI

Mengandungi 8 enzim penting untuk badan. Setiap 100g mengandungi 8000 IU vitamin A dan 20,000 ~ 40,000 unit vitamin K. Juga mengandungi fosforus,kalsium, magnesium, potassium,beta-carotene, vitamin B6, D dan E.

Rabu, 23 September 2015

Apa Persiapan Anda Menghadapi Jerebu kali Kedua?

Sekali lagi negara kita Malaysia terkesan dengan jerebu. Banyak kesan-kesan yang dibawa oleh asap jerebu ini terutamanya terhadap kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita seharusnya menyediakan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak dalam menghadapi jerebu ini.

Disini saya ingin kongsikan supplemen yang sesuai dalam menghadapi masalah jerebu. NUTRIFERON bertindak sebagai perisai tubuh dalam melawan penyakit. Supplemen ini sebagai pengganti penadol dan ubat tahan sakit yang dihasilkan dari sumber semulajadi.


NUTRIFERON boleh diambil seawal usia setahun hingga dewasa. Siapa yang sesuai untuk mengambil supplemen ini:
  • Mereka yang selalu selesema, batuk dan demam.
  • Mereka yang semput atau asma.
  • Mereka yang migrain.
  • Mereka yang senggugut.
  • Mereka yang bertarung dengan kanser.
  • Mereka yang rendah antibodi.
  • Mereka yang alami penyakit disebabkan virus atau bakteria.
  • Mereka yang alami cirit-birit.
Bagaimana NUTRIFERON ini berfungsi?

NUTRIFERON bertindak dengan mengejutkan askar-askar antibodi di dalam tubuh manusia untuk bekerja sekiranya terdapat jangkitan dan serangan virus atau bakteria dari luar.

Tips untuk hadapi jerebu kali ini:

Sentiasa sediakan satu kotak NUTRIFERON didalam rumah anda dan sentiasa bawa beberapa sachet dalam handbag kemana-mana kita pergi.

Nak dapatkan sekotak NUTRIFERON?

WhatsApp saya untuk tempahan:

Eira 012-7258272

Isnin, 21 September 2015

Kenapa ramai yang suka amalkan Vitamin C Shaklee ini?

Saya suka ceritakan tentang Vitamin C Shaklee ini sebab setelah konsisten amalkan Vitamin C nampak banyak sangat perubahan pada saya dan suami. Kulit muka saya nampak lebih cerah dan jerawat segan nak tumbuh. Suami pula jarang sangat demam atau selesema.


Oh ya, sebenarnya Vitamin C ini sesuai untuk diambil oleh semua golongan. Kadang-kadang ada antara kita mengatakan makan je buah-buahan yang mengandungi Vitamin C sudah mencukupi. Tahukah anda, kandungan Vitamin C dalam buah akan berkurangan kepada separuh selepas dipetik ketika tidak ranum dan musnah terus apabila terdedah kepada panas.

Jadi kita boleh tahu berapa peratus sahaja Vitamin C yang kita dapat dari buah. Lagi teruk jika kita merokok, stress atau muka berjerawat. Sebab tu kena top up dengan makanan tambahan Vitamin C.

Apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan yang lain? Perbezaan yang nyata ialah adanya kebolehan SISTEM SUSTAINED RELEASE dimana hanya 100mg Vitamin C dilepaskan dari tablet setiap sejam. Lapisan demi lapisan Vitamin C diuraikan dan dilepaskan. Oleh itu, air kencing kita tidak lah diperkaya dengan Vitamin C.

Disini saya sertakan testimoni-testimoni pengamal Vitamin C ini:

1) Sakit Gastrik Hilang 

  

2) Deman atau Selesema Sembuh


3) Kulit Licin Dan Tegang


Sesiapa yang belum cuba produk Vitamin C Shaklee ini, jangan segan untuk hubungi saya.

Eira 012-7258272
Pengedar Shaklee Kulaijaya
COD Kulaijaya & Pos KeSeluruh Malaysia.

 



Ahad, 6 September 2015

Tips Seronok Bersenam


Aktiviti senaman memang dipandang remeh sebilangan besar dari kita. Senaman memang disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk diamalkan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Untuk menjadikan senaman sebagai rutin memang memerlukan disiplin yang tinggi.

Disini saya kongsikan tips-tips yang saya baca dari blog kevinzahri.com :
  1. Berhenti memberi alasan - jangan beri alasan untuk hidup lebih sihat dengan bersenam.
  2. Fleksibel - bahagikan masa untuk bersenam untuk dapatkan hasil yang lebih baik.
  3. Curi masa - 20 minit setiap hari pun memadai untuk bersenam.
  4. Jadikan rutin - buat secara tetap setiap hari
  5. Set matlamat - tulis matlamat untuk lebih fokus 
  6. Konsisten - buat jadual untuk aktiviti senaman.
  7. Gabungkan aktiviti - tukar cara semasa bersenam
  8. Mulakan dengan perlahan - bermula dengan perlahan untuk mendapatkan semangat dalam bersenam.
  9. Buat nota - untuk monitor perkembangan hasil dari bersenam.
  10. Jangan obses - jangan terlalu berlebihan dalam bersenam takut mendatang kecederaan kepada otot.
  11. Beri hadiah kepada diri sendiri - raikan sesuatu yang sihat untuk diri sendiri.
  12. Cari seorang kawan - untuk kita lebih komited dalam bersenam.
  13. Bergembira - seronok bersenam untuk dapatkan hasil yang baik.
Jom kita jadikan aktiviti senaman ini sebagai rutin wajib setiap hari untuk mendapat kesihatan yang baik.

Sabtu, 5 September 2015

Keseronokan Menjadi Ahli Shaklee

Alhamdulillah, setelah aktif didalam bisnes Shaklee saya dapati ia amat berbeza dengan bisnes-bisnes yang pernah saya ikut pada masa dulu. Didalam organisasi bisnes ini, kami diajar dan ditekankan untuk mengutamakan Allah SWT dahulu sebelum berbisnes.

Pelbagai amalan menjemput rezeki diajarkan oleh upline kami. Amalan ini menjadi rutin harian kami disamping berkongsi kebaikan-kebaikan produk Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee. Semakin lama kami semakin mempercayai produk-produk yang kami kongsikan setelah mendapat testimoni-testimoni yang mengembirakan dari pelanggan-pelanggan kami.

Disini saya kongsikan kelebihan menjadi ahli Shaklee:
  1. Bonus Tunai - Bonus sehingga 21% setiap bulan.
  2. Program Kereta - Shaklee akan bayar dalam bentuk tunai untuk pengedar yang layak.
  3. Konvensyen/Program Insentif - Peluang mengerjakan umrah dan konvesyen setiap tahun. 
Disamping itu juga, buat julung-julung kalinya Shaklee menawarkan percutian keluar negara iaitu Bangkok Trip kepada pengedar-pengedar biasa yang layak. Kami perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum layak kepercutian lima bintang ini. Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee selama 4 hari 3 malam.

Saya ingin mengajak pembaca-pembaca blog ini yang berminat dengan produk-produk Shaklee dan ingin menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan tambahan, boleh hubungi saya. Nanti kita cerita lebih lanjut ya..

Eira 012-7258272

Pengedar Shaklee Kulaijaya