Ahad, 6 September 2015

Tips Seronok Bersenam


Aktiviti senaman memang dipandang remeh sebilangan besar dari kita. Senaman memang disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk diamalkan sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Untuk menjadikan senaman sebagai rutin memang memerlukan disiplin yang tinggi.

Disini saya kongsikan tips-tips yang saya baca dari blog kevinzahri.com :
  1. Berhenti memberi alasan - jangan beri alasan untuk hidup lebih sihat dengan bersenam.
  2. Fleksibel - bahagikan masa untuk bersenam untuk dapatkan hasil yang lebih baik.
  3. Curi masa - 20 minit setiap hari pun memadai untuk bersenam.
  4. Jadikan rutin - buat secara tetap setiap hari
  5. Set matlamat - tulis matlamat untuk lebih fokus 
  6. Konsisten - buat jadual untuk aktiviti senaman.
  7. Gabungkan aktiviti - tukar cara semasa bersenam
  8. Mulakan dengan perlahan - bermula dengan perlahan untuk mendapatkan semangat dalam bersenam.
  9. Buat nota - untuk monitor perkembangan hasil dari bersenam.
  10. Jangan obses - jangan terlalu berlebihan dalam bersenam takut mendatang kecederaan kepada otot.
  11. Beri hadiah kepada diri sendiri - raikan sesuatu yang sihat untuk diri sendiri.
  12. Cari seorang kawan - untuk kita lebih komited dalam bersenam.
  13. Bergembira - seronok bersenam untuk dapatkan hasil yang baik.
Jom kita jadikan aktiviti senaman ini sebagai rutin wajib setiap hari untuk mendapat kesihatan yang baik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen