Jumaat, 13 Mac 2015

Apakah kesan kekurangan kalsium dalam tulang?


Apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis adalah kemerosotan kepadatan normal tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Tulang yang normal mengandungi kalsium,protein dan kolagen yang menjadikannya kuat. Manakala, tulang yang mempunyai masalah osteoporosis boleh retak walaupun disebabkan kecederaan ringan.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Antara kawasan yang biasa berlaku retak tulang ialah dikawasan tulang belakang,pinggul dan pinggang.

Simptom
  
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah. Kadang-kadang sakit osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehingga pesakit tidak menyedari dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan. Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik dibahagian belakang terutama di pinggang dan pinggul.

  
Sumber kalsium

Ostematrix dari Shaklee mengandungi sumber kalsium yang secukupnya diperlukan oleh badan kita. Didalam Ostematrix terdapat magnesium yang berfungsi mengangkut kalsium untuk dibawa ketempat yang sepatutnya. Ada pula Vitamin D untuk menyerap kalsium. Sekadar info, kalau sesuatu tablet kalsium yang kita makan tidak ada Vitamin D dan magnesium, kalsium itu akan tetap didalam darah dalam kadar yang tinggi atau kemana-mana tanpa betul-betul diserap kedalam tulang dan gigi. Dalam ostematrix juga ada boron,cooper dan mangan. Ini adalah mineral untuk kukuhkan pembinaan tulang.

Untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium dalam tulang, saya syorkan ambil produk Ostematrix ini. Peningkatan umur bermakna tulang kita memerlukan lebih banyak kalsium untuk mengekalkan kepadatan tulang dan dapat mengelakkan masalah rapuh tulang ini.

Cegah Sebelum Terlambat!!
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen